BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, December 19, 2010

waarrgghhh.....rinduu kat blog.....

hmmmm...
kepada blog ku yang tercinta, kau mesti merinduiku setelah sekian lama ku meninggalkan mu tanpa khabar....hehe....sorryv blog......

Anyway, terlalu banyak benda yg nak diceritakan tapi cam malas jer nak tulis................tapi tanpa ku sedari....DAH FORM 5!!!....i have less than 2 weeks to prepare myself before the horrible year excitingly coming towards me....huhh...WHAT TO DO!!!.........
problems.....
1.unfinished homework
2.responsibilities
3.worrying for the upcoming terrible examinations.....OHH
4.friends
5................
6.........
..
..
1000. huh


Too many problems lahh...come on...if i can have my own fairy just like timmy turner,ohh this horrible life would be easy for me.


can be one of my latest favourite cartoon.....hehe


Friday, March 12, 2010

First post in March........


Assalamualaikum........

This is my first post in May (as mentioned) after three weeks in my beloved school (perhaps).....huhuhu.......At school, my love to these stuffs at home really make me homesick...wat stuffs??? alah.....bnde ni semua lah macam komputer, internet, tv dan yang sewaktu dengannya (yg ade kat rumah lah, name 'homesick' kan....hahaha...). I'm not going to write about how miss I am to these stuffs, I'm going to write about how sick and happy I am to my new class.
So my topic of this post is 'introduction to my new class in MRSMKT.............'
Kalau masa program KIKA hari tu kelas gua lain iaitu 4 Al Hamdani (4h). Mase tu ingatkan kelas berkekalan smpai form 5. Malangnya, cikgu bagitau kelas 4h ngan 4A (Abbas) kene rombak balik pasal nak letak pelajar yang ambik subjek tambahan 4h=Prinsip perakaunan, 4A=Reka Cipta. Ada satu je cara kalau nak kekal dlm kelas itu iaitu dgn mgambil sbjek PA. Tak larat aku nk study banyk2, mase PMR ari tu pun bagai nak rak dah.....inikan pula SPM. Jadi aku dipindahkan ke kelas 4 Al Battani (4b) di mana ahli-ahlinya hampir 50% (lebih rasenye) drpd sekolah luar iaitu x mara dan kementrian. Nak buat macam mane kan, terime jelah dulu, berkenal-kenalan lah dulu sebab kata orang x kenal maka x cinta. Hari pertama gua jumpa ngan rakan2 sekelasku ialah hari sabtu mase prep pagi. Kalau nak tahu org prempuan kenal 3 org jer, itu pun pasal diorang tu x kt, perempuan yang lain semua gua x kenal. Biase lah tu, baru jumpa kan. Tapi yang menjadi masalahnya, hari pertama pun sudah timbul masalh antara kaum adam dan hawa (yang baru2 jer). Masalah yg ditimbulkan ialah pasal penyusunan tempat duduk dalam kelas. Alah...... masalah kecik jer, tapi disebabkan perangai dan lagak yg ditunjukkan oleh seorang insan drpd kaum Hawa membuatkan kami (kaum Adam) rasa bencilah jugak terhadap si dia. Perasaan benci tu x serius pun, saje je nak menghangatkn cerite....hihihihi.....Pastu hari2 yang seterusnya dah jadi macam biase dah.Dapatlah berkenalan ngan manusia2 yang baru masuk terutama orang perempuan. Macam2 jenis ada dalam kelas aku tu, malas nak tulis jer takut x pasal2 nanti dapt dosa. Cuma yang x tahan sangat awal2 sekolah ni bnyak sngat nak beli buku ni, buku itu....brape ratus dah abis nak beli buku2 ni semua....ish3.......sabo jelah....nasib baik bebanan homework x terasa lagi, kalau x mampus aku dibuatnya, x pasal2 nanti aku kena tempah bilik kat hospital bahagia......
Setakat ini sahaja post ku untuk kali ini......kalau ade mase lagi, insyallah akanku luangkan masa untuk cerita yang baru..............
Assalamualaikum...........


Wednesday, February 10, 2010

citer mase form 3 pulak......

As promised, I'm going to write a little bit about myself when I was in form 3 in MRSM KT. Perrh, rindu lop rasenyer bile teringatkan sewaktu daku berada di tingkatan tiga. Macam-macam kenangan yang membuatku rase nak nangis (kononnya). Apa-apa pun, biar gua start citer nih masa awal tahun 2009.


Tahun tu kan gua ambik PMR, jadi sudah semestinya azam gua cukup tinggi untuk belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat yang satu tuh. Tahun ni jugak lah menjadi tahun yang agak 'perit' berbanding sebelum2nya. Sebab pertama, gua rasa keperitan pada tahun nie ialah pasal gua n da gang (smua pelajar form 3 seluruh Malaysia) kena buat kerja kursus (macam folio ahh). Kalau senang tu x per lah jugak, ni siap air mata darah keluar nak boleh siap semua folio. Kalau nak tahu, gua adelah nampak minah ni menangis sebab stress nak kasi siap folio ni lah. Aku rasa macam nak tergelak sorang2 kat belakang kelas mase tuh.

Sebab yang kedua ialah tak pasal2 gua dilantik jadi president kelas.WuaWuaWua.......Gua dah tersiksa dah. Gua rase mcm kena sumpah jadi ketua kelas jer pasal daripada drjh satu lagi gua dah jadi ketua kelas sampai lah darjah lima, itupun sebab dapat jadi pengawas sekolah. Adelah beberapa sebab yang menyebabkan gua fobia jadi president. Semua sebab2 nie muncul mase gua form 3. Antaranya ialah...........
1. Setiap kali kelas sains, mesti teacher mula2 mesti cari aku dulu. Dengan suara lantang Teacher tanya, mana budak2 lain??.....cukup x lagi???.........kalau lambat masuk kelas teacher (maklumlah kena masuk lab sentiasa) kenapa lambat??(walaupun dgn suara perlahan, tapi boleh gugur jantung2 nie).Lepas tu ade jer denda2 yang disediakan........Kalau bace apa aku tulis macam biasa jer kan.....tapi kalau mengalami sendiri memang x dapat nak diluahakan drpd hatiku ini......Walaubagaimanapun, teacher gua x lah macam yang dibayangkan sangat pun....masih lagi manusia....masih lagi bergelak ketawa ......kalau buat silap kan, mestilah marah supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama......

Malas lah nak citer lagi pasal keperitan semasa gua form 3. Sebelum sampai ke puncak di mana kejayaan di capai, bnyk lagi citer2 mase 2009 yg nak diceritakan.....Tapi ini sahaja bua masa ini.......Assalamualaikum......

Sunday, February 7, 2010

KIKA...KIKO...KIKU....KIKE...KIKI....

Perrh...akhirnya dapat juge menjamah blog yang agak lama terbiar gara-gara x de masa kat sekolah nak update (kononnya). Oleh itu, gua nak citer lah sedikit sebanyak apa yang terjadi sepanjang satu bulan kat sekolah gua iaitu MRSM KT tercinta.

Nama program sbenarnye ialah KIKA (kemahiran insaniah kemahiran akademik). Mula2 dtg sekolah ingtkan terus belajar mcm biasa jer, rupa2 nya kene buat bende2 yg agak memosankan!!! Nak buat macam mana kan, ikut jelah program2 yg dijalankan tu. Macam-macam lah jugak aktiviti2 yang menarik dibuat untuk mengelakkan kebosanan................... :0()O

Di sebalik kebosanan, kegembiraan dan sebagainya, tidak disangka-sangka akan ada saat2 yang begitu sukar, sedih dan sewaktu dgnnya untuk dihadapi.....Pembaca2 sekalian mesti tertanya-tanya mengapa pulak ada waktu berduka nie sdngkan program nie untuk bersuka ria sebelum blajo bersusoh payoh..............(jiwang tuhh)
Jawapannya ialah terdapat segelintir insan drpd batch gua yang lebih bernasib baek untuk melanjutkan pelajaran ke MRSM PKP (tmpt org bijok2 lah katakan). Jadi yang sedeynyer mereka2 nih terpaksa lah berpindah jauh drpda Kuala Terengganu......sob3.....Setelah tiga tahun belajar bersama, bersuka ria, berduka dan sebagainya, agak sedih melihat keberangkatan mereka semua pergi.....apa2 pun selamat maju jaya di tempat yang baru, semoga ingat di sini selalu............

BUdak2 lelaki......hari terakhir KIKA
Budak2 perempuan......

Friday, January 15, 2010

Satu Petang yang best....

Setelah beberapa minggu meninggalkan blog ini...cececehhh...akhirnya gua punya kesempatan untuk menjenguk dan menulis dlm blog ini. Kali nih gua nak citer mase petang lepas smbhyg jumaat di mana gua dan rakan2 gua pi jalan2 kat tok jembal....

Antara kawan2 gua yang terlibat ngan aktiviti kali nih...
1.Ayeen
2.Aiman(LEME)
3.Amir
4.Mustaqim
5.Adli
Mula2 gua leme ngan ayeen (yg tumpng umah aku) menunggu kedatangan mustaqim untuk pegi sama2. Takkanlah nak naik 3 orang satu motor. Setelah taqim ni sampai kitaorng pun bertolak lah ke tok jembal. Tapi tetiba kwn aku yang agak bangang nie tetibe nak pegi ambik duit kat batu 6. Jadi aku yang bawak motor nie pusing balik ker BSN batu 6, taqim ngan leme terus jer ker tok jembal. Pastu lepas ambik duit nih, ayeen nih tetiba rase nak bawak motor, aku pun dgn baik hati bagilah si ayeen ni merasa sbb die ni kate dh pandai naik motor. Dalamk perjalanan pulang (lalu jalan kampung jer) tetibe si Ayeen ni 'lost control'.....tidak!!!!x pasal2 jatuh motor....ish3.... nasib baik lah bawak slow jer.....x der kecederaan serius pun. Pastu dlm keadaan yang agak marah sambil bersyukur dapat hidup lagi, aku angkat motor tuh dan terus hidupkan. Nasib baik motor pun x rosak, cuma lampu 'signal' pecahh sikit jer. Disebabkan mcm x der pape jer, gua pun teruskan perjalanan sambil membonceng dan membebel si ayeen...hahahaha....'

Dalam mase yang same mestilah si Taqim ngan Leme ni tertanya-tanya knp lmbt sngt....Ayeen dgn perasaan malu nie bersemangat menyuruh gua menyimpan tragedi ini sebagai rahsia. Disebabkan aku nie seorang yang baik, aku pun rahsiakan lah buat masa yang sekejap,,,huuhuhu......Kami pun teruskanlah tmpat persinggahan pertama kami iaitu di rumah amir. Bukan main jauh perjalanan yg perlu dilalui (dahlah gua ngan ayeen x pakai helmet), walhal sebenarnya ada jalan dekat lagi...ish3...bazir minyak motor betul. Sesampainya kat rumah Amir, ingatkan si Amir ni adelah sebuah motor nak pi jalan2, apakan daya bila amir kate abang dye guna motor pegi mane ntah mase tuh. Pastu, nak buat mcm mne lagi, terpaksalah pilih satu motor untuk naik 3 orang dan sudah semestinya bukan motor mustaqim yang mahal tuh. Tanpa rasa malunya kitaorang pun bertolaklah ker rumah Adli yang tidak jauh drpd rumah Amir.

Kat rumah Adli, nasib kitaorng baik masa tuh sbb adli ade sebuah motor tapi minyak x dek lah. Tapi itu bukan penghalang bagi kami krne minyak boleh didapati dimana-mana(ceceececehh). Setelah mengisi minyak pada motor Adli, kitaorng mulalah bertolak ke pantai yang cukup indah yang berdekatan dgn rumah Adli. Pantai tuh bersebelahan jer ngan airport KT. Kalau x silap Pantai Tok Jembal kot. Keadaan kat pantai walaupun cantik tapi bahaya sbb ombaknya yang kuat sehingga menghakis pantai sampai jalan kecik tuh runtuh!!!(hakisan pantai).........

cerite ini akan bersambung minggu depan lah kot kalau ada kesempatan........................

Tranports yang digunakan.....
menikamti keindahan....cehcehceh...

bergaya atas pokok tumbang,,,,,,disebabkan hakisan
nmpak ombak besar tuhhh.....

Monday, December 28, 2009

Ohh Burger Kesayanganku.....

Hahahaha.......
Inilah burger kegemaranku setiap hari isnin yang dibeli kat pasar malam yang jauhnya lebih kurang ratusan meter saje. Harga burger x delah mahal sangat. Macam orang katelah, memang berbaloi!!!!

Sebab musabab yang gua letak gmbar burger ini ialah....

1. Masuk asrama nanti dah x leh makan dah.
2. Walaupun balik rumah stiap bulan, biasanya cuti hari Jumaat ngan Sabtu tapi pasar malamnya hari Isnin.
3. Time2 lapar mase kat asrama mesti teringat burger nih.
4. Kalau terkenangkan tahun lepas lebih kurang setahun x makan burger nih pasal duk kat asrama.
Walaupun burger ni dan makanan yang seumpamanya menyumbangkan pertambahan berat badanku ini, gua x risau lah pasal bila dah masuk asrama nanti pasti automatik turun mendadak punya....hahaha.....

Finally!!!!........

Akhirnya segala debaran2, ketakutan, kegementaran dan perasaan2 yang seumpama dengannya hilang daripada diriku ini. Hal ini kerana keputusan PMR yang ditunggu-tunggu selama lebih kurang 2 bulan berakhir dgn kecemerlangan. ALhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah menentukan segala-galanya dan yang telah memberikan kepadaku rezeki ini sebagaimana Engkau berikan kepada insan2 yang lain.

Di sebalik kegembiraan ini, saya yakin bahawa terdapat juga insan yang sedang bersedih apabila menerima keputusan. What can we do, we have to accept our destiny which muslims have to believe and accept.